Mengenai Kami
EDU Cahayaku Sdn Bhd
Edu Cahayaku Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang telah mengeluarkan buku-buku
Cahayaku. Sistem Cahayaku® telah dicipta oleh seorang guru tadika, iaitu
Chahaya Abdul Manan. Cahayaku® seterusnya ditulis dan dibukukan oleh
Chahaya Abdul Manan dan dibantu oleh rakannya Rohana Yahya.
VISI
Visi Syarikat ialah untuk melahirkan generasi yang dinamik dan cemerlang, bermula daripada umur seawal-awalnya 3 tahun dan melahirkan minat membaca di kalangan masyarakat. Sifar buta huruf menjelang tahun 2020.
TEKNIK CAHAYAKU®
Teknik Cahayaku® telahpun dibuktikan keberkesanannya dalam mengajar kanak-kanak normal dan kanak-kanak istimewa yang menghadapi masalah pembelajaran seperti down sindrom, disleksia, autisme dan hiperaktif. Kini syarikat dalam proses mengubahsuai teknik Cahayaku® untuk Bahasa Inggeris dalam masa yang terdekat ini.
Ilmu itu Pelitaku, Buku itu Cahayaku
Akhir sekali, Cahayaku® adalah jawapan dan sumber penyelesaian dalam dunia pembacaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.