logo cahayaku laman utama
syarikat
sistem cahayaku
media
berbincangpeta
title
produk
teknik
konsep
syarat
sokongan
lokasi
pic
Konsep pembelajaran Cahayaku
® menekankan perkembangan EQ (emotional quality) dan IQ (intellectual quality) dan berdasarkan kepada 7M iaitu:-

1. berMain
2. Membaca
3. Mengira
4. Menulis
5. Mewarna
6. Mengeja
7. Moral

Sistem ini juga menggabungkan 3 teknik mengajar secara serentak iaitu:-
1. Mimik - untuk guru
2. Iqra' - untuk ibu bapa
3. Latihtubi - untuk guru dan ibu bapa

Cahayaku
® menggalakkan kanak-kanak membaca dengan sendiri apabila corak susunan belajar yang dibina oleh guru dapat dikuasai oleh pelajar. Ini menimbulkan sifat ketagihan untuk membaca, disamping menerapkan sifat mulia yang lain pada masa yang sama.

Semua pihak terlibat mendapat faedah, iaitu:-

1. Pelajar: dapat mengetahui/mengesan/mendidik diri sendiri bersandarkan kepada logik, bentuk susunan, corak susunan, bunyi dan pergerakan atau perbuatan yang sedang dilakukan atau sebelum membuat sesuatu tindakan.

2. Guru: dapat mengetahui dengan jelas tahap pencapaian pelajar di dalam pembelajaran yang telah diberikan kepada mereka dengan mengambil kira keberkesanan cara seseorang guru itu berinteraksi dengan pelajar tertentu.

3. Pengusaha: dapat mengesan karektor guru dan permasalahan yang dihadapi oleh para guru-guru yang mengajar.