logo cahayaku laman utamasyarikatsistem cahayakumedia
berbincangpeta
title
produk
teknik
konsep
syarat
sokongan
lokasi

pic

 
Sistem Cahayaku® merupakan teknik pengajaran Bahasa Melayu dengan lebih pantas dan sempurna dari cara yang biasa. Ia adalah hasil ciptaan seorang guru; Chahaya Abdul Manan bagi mengajar kanak-kanak istimewa khususnya (lembam, autistik) dan kanak-kanak biasa secara amnya. Dengan bantuan rakannya Rohana Yahya, beliau telah menulis sebuah buku yang menjelaskan teknik - teknik beliau kepada pihak umum.

Sistem Cahayaku
® menggunakan mimik muka yang melibatkan posisi gigi, bibir dan lidah serta membunyikan perkataan berdasarkan susunan perbuatan (mimik). Sistem ini juga menggunakan kaedah secara bermain dalam proses pembelajaran. Tempoh pembelajaran bahasa Melayu juga dipendekkan ke 1 hingga 6 bulan, berbanding dengan sistem biasa yang memakan lebih banyak masa. Kini ramai pelajar buta huruf, autistik dan lembam dapat membaca dan menyebut Bahasa Melayu baku dengan sempurna, ini jelas membuktikan keberkesanan sistem Cahayaku®.