logo cahayaku laman utama
syarikat
sistem cahayaku
media
berbincangpeta
title
color pic

   
  Karisma Unggul ditubuhkan pada tahun 1994 manakala produk Cahayaku® telah dikeluarkan pada tahun 1998. Sistem Cahayaku® telah dicipta oleh seorang guru tadika, iaitu Chahaya Abdul Manan. Cahayaku® seterusnya diolah ke bentuk buku oleh rakannya Rohana Yahya.

Visi Syarikat ialah untuk melahirkan generasi yang dinamik dan cemerlang, bermula daripada umur seawal-awalnya 3 tahun dan melahirkan minat membaca di kalangan masyarakat. Sifar buta huruf menjelang tahun 2020.

Teknik Cahayaku® telahpun dibuktikan keberkesanannya dalam mengajar kanak-kanak normal dan kanak-kanak istimewa yang menghadapi masalah pembelajaran seperti down sindrom, disleksia, autisme dan hiperaktif. Kini syarikat dalam proses mengubahsuai teknik Cahayaku® untuk Bahasa Inggeris dalam masa yang terdekat ini.

Akhir sekali, Cahayaku
® adalah jawapan dan sumber penyelesaian dalam dunia pembacaan Bahasa Melayu.