logo cahayaku laman utama
syarikat
sistem cahayaku
media
berbincangpeta
title
produk
teknik
konsep
syarat
sokongan
lokasi

   
 

Ringkasan Pembelajaran Teknik & Konsep Cahayaku®

  • Teknik untuk perkembangan IQ (Minda) serta kefahaman secara drastik.
  • Penerapan EQ (Emosi) ke arah positif.
  • Logik bunyi abjad berdasarkan bentuk abjad dan nama abjad.
  • Logik gabungan abjad-abjad.
  • Pengajaran yang akan membasmi sukukata atau bunyian setiap abjad (fonetik).
  • Susunan provokasi dan motivasi dalam bentuk bunyian, perbuatan dan disiplin ketika membaca.
  • Teknik untuk Guru-Guru mengesan dan menyelami jiwa pelajar.
  • Teknik untuk Guru-Guru mengesan kesan diri sendiri terhadap hasil yang telah diterapkan kepada pelajar (interaksi & komunikasi antara guru dengan murid).
  • Teknik untuk Pengusaha mengesan guru-guru yang bermasalah.
  • Teknik untuk Pengusaha mengesan keberkesanan sistem pembelajaran dari satu tadika dengan tadika yang lain, sekiranya ada cawangan.
  • Teknik untuk melahirkan kanak-kanak ke arah generasi yang dinamik.
  • Teknik mengajar murid-murid bagaimana menggunakan kaedah visual dan mengeja dengan tepat.

pic
pic  

Ciri-Ciri Cahayaku®

  • 2 buah buku bacaan dan 3 buku latihan digunakan dalam proses pembelajaran.
  • Perkataan disebut secara automatik dalam bahasa baku.
  • Tidak membebankan dan membosankan pelajar semasa belajar.
  • Membentuk minat membaca di kalangan pelajar.
  • Kaedah dapat mengesan kelemahan antara murid dan guru dimana penilaian setiap pembelajaran itu mempunyai asas yang boleh dikesan.

picPanduan Mengajar untuk Ibu Bapa

Sistem Cahayaku® juga boleh diajar oleh Ibu Bapa yang sibuk di dalam dunia moden ini dengan mudah. Tidak perlu mengeja, hanya bunyikan perkataan sahaja. 

Untuk mengetahui prestasi pembelajaran pelajar, sila semak catatan guru dan tarikh pembelajaran pada muka surat yang sedang diajar oleh guru. Catatannya adalah seperti berikut:-

  •  
Baik  ~ bermakna pembacaannya baik.
  •  
Sederhana ~ bermakna pembacaannya kurang memuaskan dan jika terlalu kerap, pelajar memerlukan bantuan di rumah.

Dalam masa sesingkat 2 hingga 5 minit latihan bersama ibu bapa sehari, kanak-kanak akan lebih cepat memahami sukukata perkataan. Ibubapa PERLU memastikan bahawa guru-guru yang mengajar anak-anak mereka mempunyai sijil Cahayaku® yang sah kerana guru-guru tersebut telah mengikuti kursus sistem Cahayaku®dan memahami cara-cara mengajar dengan menggunakan buku Cahayaku®

Panduan Untuk Ibubapa Mengajar di Rumah
Contoh Panduan untuk ibu bapa mengajar Buku Bacaan 1, m/surat 10 :
la le li lo lu
Hanya bunyikan la untuk "la".
Ibubapa hanya perlu mengajar secara Iqra' sahaja, manakala pengenalan secara mimik akan diajar oleh guru

pic  

Peringatan Penting :-

  • Jangan ajar nama abjad kepada anak-anak.
  • Pastikan mengajar kedua-dua bunyian "le", satu untuk e-pepet dan satu lagi e-taling.
  • Jangan cuba bunyikan abjad seperti sistem Fonik/Fonetik, contohnya; abjad "b" dibunyikan "beh".
  • Pada peringkat awal, masa mengajar hanyalah di antara 2 hingga 5 minit. Lama-kelamaan masa penumpuan anak-anak akan bertambah dan masa latih tubi boleh dipanjangkan. (Pastikan anak-anak mahukan masa dipanjangkan)
  • Pastikan tadika memberi Buku 1 untuk dibawa pulang pada setiap hari.
  • Sekiranya Buku 1 telah tamat pastikan Buku 1 & 2 dilekatkan/dikepil/digabungkan dan dibawa pulang.
  • Untuk mengajar Buku 2, ibu bapa hanya perlu menegur apabila salah dan sekiranya gagal, terus sebut sahaja perkataan itu.

Top